Saturday, June 19, 2010

Breastfeed bagi ibu2 yang bekerja

Post kali ni khas untuk bagi ibu2 yang bekerja.. Breastfeed untuk ibu berkerja sebenarnya betul2 perlukan kesabaran yang tinggi.. kadang2 waktu kte pump tu..hasilnya ckitt je. kadang2 banyak.. Dari apa yang saya baca.. semua tu dipengaruhi oleh mood kita, pressure keje..

Semua tu cabaran kan....lagi banyak cabarannya ..lagi besar faedah dan ganjaran yang Allah janjikan..:D Tools yang penting untuk kita jalankan sesi pump di tempat keje adalah:- 1. Breastpump Mula2..saya gunakan Pureen electric breastpump, harganya RM70++ Tapi, ada satu hari tu..pump ni terjatuh.. pump tu xboleh digunakan.. Then saya beli Spectra 3 breastpump..harganya RM328++
Spectra 3 Breastpump & botol
Kebaikan guna pureen ni, dia hanya perlukan battery je.. xperlu cari power plug. Tapi, masa yang diperlukan untuk pump tu lama ckit.. Hasilnnya sama je. 2. Botol susu saya gunakan botol "safety Plus". Selalunya bawak dalam 5-6 botol.. untuk pump di offfice.
Safety Plus Botol
3. Ice pack 3 jelly ice pack saya gunakan setiap hari dan masukkan dalam cooler bag.

4.Cooler Bag
Saya gunakan Spectra Cooler Bag.
Cooler bag, ice pack & botol
So, bila balik rumah.. susu tadi yang dah diperah tu..masukkan kat freezer atas. Susu tu boleh tahan 3 bulan. tampalkan tarikh pada botol utk xkeliru. Malam sebelum kte hantar baby ke babysitter..letakkan susu di freezer bawah. Rendamkan dengan AIR PAIP yang sejuk..masa kte simpan kat freezer bawah tu.

Esoknya, babysitter rendamkan susu dalam air panas. Ingat, JANGAN MASAK! cuma rendamkan dalam AIR PANAS. Atau beli warmer. tu memang khas untuk panaskan susu. Baby sitter kena simpan susu yang kita bekalkan di freezer (bahagian bawah).
warmer (kanan) dan sterilizer (kiri)

Berapa banyak perlu kita bekalkan untuk baby sitter???? hehe..tu ibu2 kena prepare seminggu sebelum masuk kerja. Seminggu sebelum masuk kerja,Kte kena biasakan baby dengan botol..Masa tu, kte boleh tengok berapa kerap baby minum..dan berapa banyak dia sekali minum. INGAT, start perah susu masa kita dalam pantang..sebab masa tu.. susu baaaanyakkkk sangat. Susu yang dah diturunkan difreezer bawah hanya bertahan 72 jam (3hari). dan susu yang dah dipanaskan .. hanya boleh bertahan 1- 1 1/2 jam. kalau xhabis tu..kena buang.

Berapa kali kte kena pump di office??? tu terpulang..seelok2nya..4x iaitu pukul10.30,12.00,2.00 dan pukul 4. Tapi saya dah lari jadual ckit..saya hanya pump 3x je.. disebabkan keje yang betimbun2.. saya pump pukul 10.30,2.30 dan pukul 4.30.

So, selamat berjayaa..bagi ibu2 yang bekerja!!! insyaAllah, kalau niat kita baik..Allah mesti tolong kte (^_^)..gambateeeeeeeee!!~~

ada satu blog ni..lagi complete dia terangkan macam mana dia breastfeed baby dia.. kebetulan baby dia pun sama tarikh lahirnya ngn imran..hehe.. selamat membaca.

http://akma81.blogspot.com

korang boleh gak baca2 dalam susuibu.com . dalam ni banyak info pasal breastfeeding.:D

No comments:

Post a Comment