Tuesday, August 07, 2012

Cassia Bandar Putera 2, Klang Progress

hurayyy! alhamdulillah..

currently, rumah kami dah 82.5% siap!
kalau ikut surat dari developer, tinggal roadworks ngan tunggu CF/COC je..
kalau pergi site rumah..memang dah siap kot.. meter electric  pun dah ada.huhu..

xsabarnyaaaaa! maybe dalam bulan Oct kot baru dapat kunci..
Bulan lepas pergi..memang dah tak sabar² dah rasa nak masuk rumah..hehe


 padang, Cassia, Bandar Putera 2 Klang


 nila rumah kami ^_^






Iftar 2012

helloooooOOOo...  hehe..
lamanyaaa xupdate blog..
xada mood la nak nak update..
lagi2 dah pindah office kat Bandar Baru Bangi yang xbest langsung ni..
mood pun bertukar :(

Dah terlambat kot, nak wish "Selamat Berpuasa".. hehe
Puasa tahun ni,kami geng² BFF berbuka di Reseidence Hotel, UNITEN..
Best sangat²! sebab dapat kumpul satu keluarga ^_^ cuma salah sorang dari kami je yang tak dapat nak join..
Harga pun xla mahal sangat.. saya duk sana,dari pukul 6 petang..sampai cafe tu nak tutup...pukul10 malam ;-) 

Macam² ada.. mcm biasala kan.. kambing&ayam bakar, nasi ayam, sup tulang, kebab, laksa,  nasi + lauk2..dessert² (bread pudding, kek², asikrim, buah, salad², bubur).. banyak sangat..sampai x larat nak makan ;-) buffet ni RM60++ je... memang puas hati..


 Falish..best friend imran :D

 Anak baru kami ;-)

 imran dan adik baru..Faliq




  zura's family






 falish & auntie Il






Wednesday, May 16, 2012

My Bucket List!

fuh..fuh..fuhhhhh......lamanya x update blog;)
Xada mood nak update..dan sangat busy dengan keje kat office..
Semenjak senior consultant saya resign..tinggal la saya sorang handle semua:(


Tajuk hari ni macam pelik sikit kan? hehe
Saya ada beberapa impian yang saya tanam dalam hati..
dan saya nak capai..sebelum saya tua/menghembuskan nafas terakhir ;)



  • Saya nak sambung belajar...Master. Maybe dalam Project Management atau OSH. Tak tau lagi bila boleh capai cita2 ni..tunggu anak2 besar dulu kot. Sekarang kelam kabut ckit.. balik keje nak masak,kemas rumah, tengok imran main.. memang xsempat. Walaupun hasrat saya nak jadi fulltime housewife.. tapi saya tetap nak sambung belajar. Ilmu tu bukan untuk kerja je kan..


  • Saya nak belajar berenang ;) huhu.. lawak je..Umur dah nak masuk 30 tahun depan, baru nak sibuk berenang. Tulah, masa kecik parents suruh mandi kolam ..saya xnak. Sayala orang paling penakut dengan air.. :P Tapi xtau la kenapa sekarang teringin sangattt nak belajar berenang sampai pandai.


  • Saya nak belajar Tango!! kelakar jugak bunyi nya. Tapi bila tengok cerita korea Sense of Woman, bestnyaa dia menari!! heroin dalam cte ni sakit cancer,antara hasrat terakhir dia adalah dia nak belajar tango..
  • Saya nak pergi bercuti ke Korea.. bestnya kalau dapat pergi sana.
Ada beberapa impian yang agak kelakar dan pelik kan.. tapi tula impian yang saya akan cuba capai...insyaAllah ^______^



Thursday, February 16, 2012

Cara Hidup yang Sihat boleh Mengelak daripada Kanser

Korang pernah x rasa kalau Dr cakap korang ada kanser?
Masa tu, rasa macam maut depan mata je kan..
Macam² yang kita fikirkan..

" Siapa yang nak jaga suami & anak kita kalau kita xada..
Boleh ke orang yang ganti kita tu sayang anak& suami kita macam mana kita sayang mereka..
Terbalas ke jasa-jasa ibu dan ayah kita..
Cukup ke amalan yang kita nak bawak untuk masuk dalam kubur dan hari permbalasan nanti.."

Macam² bendala terlintas...
Nak lelap mata pun xboleh kan.."

Kenapa saya cakap macam ni ek? Saya ke yang rasa semua tu?

Sebenarnya, setahun lepas.. saya ada terperasan belakang telinga saya ni..
ada ketulan kecil..sebesar biji buah mata kucing..
saya ada jumpa Dr dan ambil sample sebulan lepas..
Alhamdulillah, hasil dari sample yang diambil, Dr kata.. ketulan tu disebabkan bengkak di kelenjar air liur..
Tapi Dr pun agak pelik.. kenapa ke sampai bawah telinga..
Saya harap, xada apa² yang lebih serius dari tu..
Rasa sangat takutt.. mungkin korang akan ambik ringan.. dan xkan terpikir..
sehinggala jadi pada diri sendiri..

Pakcik saya, dah disahkan menghidap kanser tahap 3/4..
mula dari ketulan kecil je..di leher.. setahun lepas tu..
sekejap je, sel tu dah merebak..
sekarang ni kena buat rawatan..

Saya ada beberapa info yang saya nak kongsi bersama:

"Pakar Kesihatan dari Institut Penyelidikan kanser Amerika Syarikat (AICR) dan Dana Penyelidikan Kanser Dunia (WCRF) percaya bahawa membuat sedikit perubahan mudah bagi gaya hidup seharian boleh mencegah kira-kira 40 peratus kanser payu dara di Britain dan Amerika Syarikat"

"Gaya hidup yang sihat juga dapat mencegah 61,000 kes kanser di Brazil dan 79,000 kes di Britain.

Penemuan WCRF tersebut disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang turut menyarankan bahawa kerap berenam boleh menghalang banyak penyakit seperti kanser, sakit jantung dan diabetes"

Timbalan Ketua Bahagian Sains WCRF, Rachel Thompson, berkata walaupun mesejnya mudah - iaitu jangan merokok, makan makanan yang baik dan mengekalkan berat badan yang sihat boleh membantu mengelak kebanyakan jenis kanser - namun ia sukar untuk difahami oleh orang ramai.

dan info yang paling best saya dapat dari satu blog ni:


21 cara ubah gaya hidup elak kanser


1-MAKAN MAKANAN YANG BOLEH MENINGKATKAN SISTEM IMUN

Secara umumnya, makanlah banyak sayuran, buahan, dan bijiran yang selamat. (Selamat ini bermaksud yang kurang penggunaan racun perosak dan baja kimia). Apabila anda memakan banyak sayuran dan buahan sajian harian anda ( saranan adalah mengambil5-7 sajian sehari) risiko anda untuk kanser paru-paru, usus besar, pundikencing, oral kaviti dan perut akan menurun. Buahan dan sayuran yang tinggi serat disamping ada kandungan yang secara natural bolehmencegah kanser. Antara buahan yang terbukti boleh mencegah kanser seperti acai beri, epal, asparagus, brokoli,lobak dan strawberri.

2-KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK DALAM MAKANAN HARIAN.

Elakan makanan yang tinggi lemak samada lemak haiwan atau pun tumbuhan. Terdapat kaitan dengan pengambilan lemak berlebihan boleh menyebabkan kanser payudara,prostate, rahim,ovari, pankreas, perut dan juga usus besar.Lebih penting elakan dari mengambil lemak buatan – TRANS FATTY ACID.

3-KURANGKAN PENGAMBILAN DAGING.

Terdapat kajian kaitan antara pengambilan daging merah berlebihan dengan kanser seperti kanser payu dara,rahim, usus besar, rektum,pankreas dan juga kanser buah pinggang. Daging barbeque, disalai,diperam lagi meningkatkan risiko untuk kanser jika dimakan berlebihan dan kerap.

4-JANGAN MEMASAK MAKANAN & SAYURAN SAMPAI LUNYAI

Vitamin dan mineralnya akan hilang dan tinggal serat sahaja.

5-BELILAH MAKANAN ORGANIK KALAU MAMPU.

Kalau nak bagus lagi tanam je sayuran sendiri di halaman rumah tu, disamping menjimatkan perbelanjaan anda boleh juga mencantikkan halaman rumah.

6-ELAKKAN MEMINUM AIR YANG TAK BERTAPIS.

Kalau ada duit lebih belilah penapis air, ada banyak dijual dipasaran sekarang dari yang bermagnet lah beraura lah. Tetapi yang paling mustahak air yang ditapis bebas KLORIN yang boleh menyebabkan kanser, logam logam berat, tinggalan racun dalam air dan juga bakteria2 degil. Kalau tak mampu pastikan air yang diminum itu dimasak sebelum diminum.

7-AMBIL MAKANAN TAMBAHAN (SUPLEMEN) YANG MAMPU MENINGKATKAN SISTEM IMUN.

Pada masa sekarang pengambilan makanan tambahan sebenarnya bukan pilihan tetapi adalah kemestian.Ini adalah kerana nutrient-nutrient didalam makanan , sayuran dan buahan adalah tidak mencukupi mungkin disebabkan oleh pertanian yang intensif dan berskala besar , ye la semua nak cepat contoh dulu tanam padi setahun sekali sekarang setahun sampai 3 kali yang pasti tanah tak cukup masa untuk memulihkan untuk mengembalikan zatnya untuk digunakan semula.Antara makanan tambahan yang direkomendkan untuk sistem imun adalah seperti TRANSFER FACTOR yang terbukti dengan kajian sains. Makanan tambahan yang tinggi nilai antioksida seperti JUS MONAVIE yang terdiri dari SUPERFOOD ACAI BERI dan 18 buahan terpilih yang lain.Manakala makanan tambahan yang bolehmembersihkan usus secara semulajadi seperti ALOEVERA.( 90% peratus penyakit adalahberpunca dari usus). Paling malas nak ambilsuplemen kurang-kurang pun makanlah vitamin C.

8-JIWA KENA TENANG DAN BERSIH serta ELAKKAN DAN TANGANI STRESS DENGAN BIJAK.

9-PEKA DENGAN PERUBAHAN PADA TUBUH BADAN.

Kenali tanda-tanda awal kanser dan bertindak segera dengan berjumpa yang pakar.

10-MINIMUMKAN PENGAMBILAN UBATAN.

Kebanyakan ubatan adalah dari bahan-bahan kimia walaupun kajian telah dilakukan dan terbukti selamat dan ada juga pada mulanya selamat kemudian ditarik balik kerana kesan sampingan berbahaya sudah semestinya jika berambilan pada masa panjang akan mendatangkan kesan-kesan sampingan pada tubuh badan. Kalau tak perlu, tak payah lah makan ubat biarlah tubuh badan kita menyembuhkan dengan caranya atau ambilah sesuatu yang semulajadi untuk membantu tubuh badan melawan penyakit, biar lambat asal selamat.

11-ELAKKAN KAWASAN ATAU BANGUNAN YANG LITAR PENGUDARAN UDARA TERTUTUP.

12-ELAKKAN PENGGUNAAN KAPAL TERBANG.

Pengudaraan biasanya menggunakan pengudaraan yang dikitar semula, ini mendedahkan kita kepada serangan virus yang mungkin berbahaya.

Disamping itu juga pendedahan yang tinggi terhadap UV radiation pada altitude yang tinggi mungkin boleh menyebabkan kanser.

13-KURANGKAN PENDEDAHAN PADA HANDPHONE.

Kalau nak bergayut janganlah guna handphone kang silap haribulan masak otak tu dan telinga berkanser pulak. Setiap alatan perhubungan sebenarnya mengeluarkan radiofrequensi yang tidak diketahui kesannya pada tubuh manusia, kemungkinan penyebab kanser.

14-MASAK JANGAN GUNAKAN MICROWAVE.

15-JAUHKAN SINAR X (XRAY) SEBAIK MUNGKIN.

Setiap kali x ray diambil berjuta-juta sel mati, sebab tu doktor tak bagi amik x ray kerap sangat .Kemungkinan sinar X ini juga menyebabkan kanser. Kalau kenekat testis kemungkinan boleh MANDUL.

16-KAWAL BERAT BADAN ANDA.

Banyak kajian saintifik mengaitkan kegemukan dengan kanser. Jangan makan mengikut hawa nafsu.

17-KATAKAN TIDAK PADA ROKOK.

Walaupun bukan semua perokok itu mesti terkena kanser, tetapi didapati terdapat kaitan rapat rokok dengan kanser yang terdiri dari kawasan ia mula masuk,meresap dan juga bila ia keluar semua kawasan yang terlibat boleh menjadi kanser. Yang malangnya juga, perokok juga menyebabkan orang lain terdedah kepada kanser dengan berganda akibat asap rokok yang dikeluarkan. Maka katakan TIDAK pada rokok kerana rokok hanya pelaburan kepada penyakit dan kemerosotan kewangan di masa tua..hehe kalau sempat tua la..

18-KURANGKAN PENDEDAHAN PADA SINAR MATAHARI TERIK.

Sinar cahaya matahari dipagi hari adalah bagus untuk kesihatan kerana dapat membantu menghasilkan vitamin D pada kulit. Tetapi pendedahan kepada sinar matahari terik sehingga “sunburn’ itu memudaratkan boleh dapat kanser kulit.

19-BERHATI-HATI DENGAN PENDEDAHAN ALAT ELETRIK.

Jarakan diri anda dengan alat eletrik seperti TV. Kerana kebanyakkan alat eletrik menghasilkan gelombang radiasi dan frequensi walaupun kecil tapi sekiranya pendedahan yang kronik mungkin memudaratkan.

20-KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG BANYAK PERISA DAN PENGAWET.

Jangan amalkan mengambil makanan ringan kerana ia mempunyai bahan itu, dan lebih bagus jangan ajar anak-anak kita mengambilnya. Amalkan makanan yang fresh.

21-KATAKAN TIDAK PADA ARAK DAN ALKOHOL

Alkohol menyebabkan seribu satu masalah kepada kesihatan badan kita. Alkohol boleh menyebakan kanser mulut, tekak. salur esofagus,perut, pankreas dan juga hati.

Nota diatas cuma saranan sahaja, bukan semestinya anda mengikut langkah langkah itu anda terselamat dari kanser tetapi sekurangnya anda telah meminimumkan penyebab-penyebab kanser.



** sebelum terlambat, marilah kita berubah. Ubah cara hidup.. mungkin bukan untuk kita..tapi untuk anak² kita... Sekian.

Friday, February 03, 2012

"Khamis.. Jumaat.. Sabtu.. Ahad.." Bila nak Selasa ni????



sekarang ni duk mengira hari je...

Baru je habis selasa.. xsabar² nak tunggu hari selasa lagi..
Nak tau kenapa?? Nurul dah angau ngan cerita "Vanila Coklat" ;):P

adoi²..suka tengok gabungan 2 pelakon ni.. Izzara Aishah dan Aiman Hakim.
Suka tengok diorang gaduh²..tapi sebenarnya.. sayang;)
Xterlambat lagi nak tengok kalau korang belum tengok. Sekarang baru episode 7

Saya.. kalau dah tengok cerita ni..
Siap betepuk tangan, senyum sorang².. sampai En Apis pun dah paham dah :P
Kat Office, sambil buat keje.. boleh dengar video vanila coklat ni berulang²..
Tengokla status's FB En apis kat bawah ni ;)







Prata Cheese Hotdog Nurul's Edition


haha.. panjangnya nama resipi;)

Senang je buat roti prata ni.. ilham lepas makan roti prata chicken & cheese di Hot & Roll..
bila diamati rasanya..mcm senang je..
Balik rumah,saya pun tryla...

1 step.. Panaskan prata atas cooking pan yang x lekat tu.. saya guna ready made prata jenama "Kawan", korang boleh dapatkan kat Giant/Tesco/atau mana² hypermarket. Dah nampak garing macam roti canai tu.. bolehla keluarkan dari pan dan sapukan mayonis..dan taburkan serbuk black paper..


2nd step: Letakkan hotdog yang telah di goreng atas cooking pan tadi..then, belah hotdog tu... susun dan susunkan cheese mcm saya buat kat bawah ni.



Last sekali.. letakkan salad dan lipat dua. Siap!! senang kan? cuba korang try.. gerenti sedapp;) xpercaya tanya En Apis ;)




Tuesday, December 27, 2011

Aktiviti Imran

Dah lama xcerita pasal imran.. hehe..
Semenjak umur Imran dah 2 tahun ni..
Macam² keletahnya.. Mama & Papa layan kan jela...


Antara aktiviti Imran ..


ha tengok..siap lentuk kepala..lukis ball..

Melukis..melukis..dan melukisss.. :D Hobi baru imran..

Ball imran..warna warni.. ni favourite dia.. ambik color macam².. last2 dia suka lukis ball jugak..huhu

Hasil lukisan Papa Imran.. dah bepuluh tahun xlukis, disebabkan Imran.. Mama & Papa Imran kena belajar lukis balik.. Imran tau sebut je.. "Harimau"..Mama/Papa pun kena lukis harimau..waduh2.. mama siap lukis harimau kengkang.. Papa siap gelakkan mama ..hoho:P

Ni barang2 yang dibeli dari maidin.. Mama Wan imran suruh beli Vitamin C untuk Imran, mama pun beli la macam²..hehe..


Suka sangat main ngan papa... Ni imran main game buah..kat hp ma ngah imran..


Ball banyakkkk!... suka sangat dengan ball

Suka jugak dengan keropok.

xlupa jugak main ultraman dengan bear ma ngah dia.. huhu.. "piya..piya...piyaaa"


Alhamdulillah....

Tuesday, December 20, 2011

Scent of Woman




hadoi...hadoi!!
Sudah jatuh hati sama cerita ni!..huhu

Sangat menarik..Sebab?
Ketabahan heroin dia..(walaupun saya xberapa minat heroinnya)
Mengharungi hidupnya..walaupun hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi..
Dan yang paling penting...sebab Hero nya sangatlaaa cute!!
best²!!

Walaupun ada 16 episode..
Tapi sebab cerita ni sangat best..saya sampai xpandang kiri kanan..
Tengok cerita ni kat office.. Nasib baik boss xada;)

Bila tengok cerita ni.. Tiba2 rasa nak belajar tarian Tango dengan En apis..
Nak pergi laut.. mcm kat Okinawa..huhu:P
bestnyaaaaaaaaa!


Pengajaran dari cerita ni..

"Hargaila hidup dan sekeliling kita..
Nikmatila hidup yang terlalu indah ni..
Walaupun hanya tinggal sedetik..
Siapa tau.. Keajaiban akan berlaku..
Dengan izinNya.. insyaAllah "

hahaha! jiwang pulak nurul ni..;):P