Thursday, May 20, 2010

Imran - 6 months plus (^_^)

adeh, lama betul rasa xupdate blog..
Sekarang banyakk sangat keje kat office ni..
xtau nk buat yg mana satu..

Ermm...kuantiti susu yg dipam pun..makin merundum ni...


Post kali ni..nak cerita ttg Imran yang dah masuk 6 bulan lebih..

Alhamdulillah..sepanjang 6 bulan sebelum ni.. Imran sepenuhnya diberi khasiat Susu Ibu!~~...
Last check up 12hrbln ari tu..Imran dah 9.3 kg..:D tinggi dia dah 58cm..hehe..

Lasak pun boleh tahan la jugak.. Kami dah masukkan imran dalam walker..
Lajuuu je dia jalan ngn kereta baru dia.. Imran dah suka jerit².. huhu..

ha!!..bulan ni.. Imran dah start makan!! best2...

Mula2 ari tu..xsmpt nk searching info utk 1st solid food introduce to baby..

So, kami belikan dia nestum yang dicampur soya tu..
tapi lepas baca blog akma
http://akma81.blogspot.com ni...

blog yg banyak bagi info pasal solid food yang terbaik utk baby berusia 6 bulan.....

Kebetulan imran ngan baby Nely sebaya pulak tu..lahir pada tarikh&tahun yang sama.

Setakat ni saya dah bagi imran,
  1. bubur + kentang + carrot + ikan bilis (ikan bilis ni di salai> goreng tanpa minyak..then blend kan..lepas tu tapis)
  2. bubur + keledek + carrot + ikan bilis
  3. puree apple (apple yang dah disteam, then blenderkan)
  4. puree lai..
  5. puree pisang..
  6. nestum + soya (readymade)
Seronok sangattt tgk imran makan...cepat je dia bukak mulut. Lambat ckit je dah menangis ..huhu..excited sangat imran nak makan.. Sekarang ni, dah bangun awal 6 pagi...masak bubur imran.. Mama + papa dia pun selalu tapau breakfast je..hehe. jom kte tengok cara² utk buat puree kentang dan puree keledek
1. Kopek kulit ubi kentang, then potong dadu,lepas tu basuh
1. Proses yg sama utk ubi keledek, kopek kulit, potong dadu, then basuh
2. Lepas tu rebuskan sampai empuk + masak
3. Blend kan ubi kentang tadibersama air sehingga hancur.
4. Last sekali, masukkan dalam bekas..saya letakkan dalam bekas kecik2 mcm ni..

Lepas tu, boleh difrozenkan dalam peti ais..hehe.. seronok bila dapat buat makanan utk baby dengan air tangan sendiri..:D

Kat bawah ni gambar imran yang dah masuk 6 bulan..:D alhamdulillah... mama + papa saaaaaayangg~~ imran sangat²! muahhhhhhhhhhhh:X:X:X












No comments:

Post a Comment