Thursday, July 30, 2009

Go-Kart Kelab KLIA Holdings - 23 July 2009

haishhh...melepas lagi nurul kali ni..hehe

Tahun ni banyak pulak Kelab KLIA buat aktiviti...aritu, ATV xdapat, Go Kart pun xboleh gak...uwaaaaaaa:'(...xpela nurul, kte dah wakilkan apis utk main bagi pihak mama dan baby:D hehe..


Kteorang sampai kat Litar City Karting, Shah Alam (perkarangan Stadium Shah Alam), lebih kurang pukul 8.30 pagi (lambat gak tu:P ). Lepas breakfast, diorang ada bagi taklimat. game start pukul 9lebih. Actually ni 1st time apis main go-kart...best je tengok..jeles pun ada...huhu.

Pertandingan ni ada 2 sesi iaitu:

1) Endurance Race

  • Perlumbaan ini akan dijalankan secara berpasukan dengan 5 pemandu setiap pasukan (sekurang-kurangnya 1 pemandu wanita) di mana setiap pasukan akan berlumba selama 90 minit (1.5 jam) secara berganti-ganti (minimum 12 minit seorang).
  • Setiap pasukan dikehendaki memasuki pit untuk pertukaran pemandu sebanyak 4 kali. Pit masuk akan dibuka selama 7 minit bagi setiap masa pertukaran. Pit akan ditutup selepas 7 minit masa pertukaran. Setiap pasukan MESTI membuat pertukaran pemandu di dalam masa yang ditetapkan. Setiap pemandu akan diberi satu kad dan MESTI memasukkan kad tersebut ke dalam kotak yang disediakan selepas tamat pemanduan dan pertukaran pemandu. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan pasukan anda dikenakan PENALTI satu pusingan untuk setiap kesalahan.
  • Undian dan pembahagian pasukan telah dibuat dengan adil dan saksama (sila rujuk Lampiran untuk maklumat pasukan anda).
  • Pemenang adalah berdasarkan jumlah pusingan terbanyak yang berjaya ditamatkan oleh sesebuah pasukan dalam masa 90 minit tersebut.
  • Hanya pemenang tempat pertama hingga ke sepuluh akan diberikan markah. Pembahagian markah adalah seperti berikut: tempat pertama (20 markah), tempat kedua (17 markah), tempat ketiga (14 markah), tempat keempat (12 markah), tempat kelima (10 markah), tempat keenam (8 markah), tempat ketujuh (6 markah), tempat kelapan (4 markah), tempat kesembilan (2 markah) dan tempat kesepuluh (1 markah).


2) Sprint Race

  • Perlumbaan ini akan diadakan selepas tamatnya Endurance Race dan akan dijalankan sebanyak 10 pusingan sahajaPeserta bagi Sprint Race akan dipilih berdasarkan peserta yang mencatat masa terpantas (1 pusingan) dalam pasukan masing-masing semasa sesi Endurance Race (wakil seorang pelumba bagi sebuah pasukan)
  • Pemenang akan diambilkira berdasarkan peserta terpantas melepasi garisan penamat.
  • Hanya pemenang tempat pertama hingga ke sepuluh akan diberikan markah. Pembahagian markah adalah seperti berikut: tempat pertama (20 markah), tempat kedua (17 markah), tempat ketiga (14 markah), tempat keempat (12 markah), tempat kelima (10 markah), tempat keenam (8 markah), tempat ketujuh (6 markah), tempat kelapan (4 markah), tempat kesembilan (2 markah) dan tempat kesepuluh (1 markah).

Semuanya berjalan lancer.. Cuma hari tu panas gler..terik. Lepas game tu je, apis minum air banyakkk sangat…huhuhu. Kla,tu je nak cte pasal aktiviti go-kart kelab klia…yang penting aktiviti ni memang bestttttt dan enjoyyyyyy sangat2..balik je dari go-kart kami beramai² ke "Pak Anjang Nasi Beriyani" yang dimiliki oleh keluarga Fadzi (officemate)...sedappp glerrr...hehehe..:D

preparation sblm race


jeng²..dah nak start race dah
itu dia...apis tengah race...huhuhu;)
Zura dengan gaya coolnya...:D
cik il kte...tengah racing gak...seriousnya:P

miss huda kte, dengan aksi lipatnya...
Saya?? tukang tengok jela...huhuhu;)

1 comment: