Sunday, October 23, 2011

Sotong Pulut Kelantan (Ketupat Sotong)

Satu resipi baru untuk saya dan family..
hehe.. baru je rasa sotong pulut ni di rumah MIL adik saya..
Sedappp! terus terpikat..
Selalu kalau sotong..kte buat sambal kan? kali ni rasa dia manis..lemak..adeh, sedapp!

Kalau tengok rupa.. mcm masak sambal..sepatutnya rasa dia pedas kan?
tapi sebenarnya x.. rasa dia lemak² manis..


Bahan² :
  1. Sekilo pulut
  2. Santan sebiji
  3. gula melaka
  4. gula batu
  5. sotong 1 1/2 kilo
  6. lidi pencucuk
  7. daun pandan

Cara²:

  1. Rendam pulut sejam bersama air santan yang cair. Santan yang pekat gunakan untuk masak nanti
  2. Masukkan/Sumbatkan pulut ke dalam sotong, 3/4 dariapada sotong. Cucukkan lidi pada hujung sotong
  3. Susunkan daun pandan dalam periuk, lepas tu letakkan sotong atas daun pandan tadi.

    Susunkan daun pandan yang telah dibasuh dalam periuk

    Susunkan sotong atas daun pandan tadi

4. Masukkan santan dan gula melaka dan gula batu secukup rasa
5. Masak sehingga pekat (lebih kurang 40 - 45 minit)

Yeyy! dah siap! sedapp...lemak berkrim.. sampai telupa nak ambik gambar sotong pulut yang dah siap..


No comments:

Post a Comment