"Korang pernah kena ulser x dalam mulut?? berapa?? 1? 2? Besar ?? kecik??"
Kalau kita yang besar pun xselera nak makan/minum kalau kena ulser even 1 dalam mulut ni..
Nikan budak kecik yang berumur setahun 7 bulan..mulutnya penuh ulser.. kat bibir..kat bawah lidah..kat lelangit.. boleh x korang bayangkan mcm mana sakitnya??
Semuanya bermula dengan demam panas..suhu dia 38++ hampir cecah 39Celcius
Imran start demam pada 9 Jun 2011 (Khamis)..
Petang tu saya ambik dia dari rumah pengasuh, badan dah panas..
Malam tu, imran bfeed dengan saya pun..dia kemam je..xminum susu pun..
Saya dah mula rasa pelik..
"Kenapa pulak imran ni.."
Selalu dia demam mcm mana pun..xpernah dia mcm tu..at least dia akan bfeed kalau xnak makan/minum
Esoknya, saya ambik EL..bawak imran jumpa Dr. Koshi..
Tengok tekak dia merah..sel darah putih dia pun tinggi ..bermakna, ada bakteria kat darah dia..So, Dr dah start antibiotik.. masa tu dah nampak 2-3 ulser kat bibir imran..
Ingatkan ulser biasa.. dalam istilah medical nya.. Dr. cakap
"acute pharyngitis"
Malam sabtu tu, badan imran naik bintik2 merah..mcm demam campak tu..
Tapi pagi ahad hilang dah. Ari ahad tu..saya dah rasa xsedap hati.. even dia dah xdemam.. saya risau sebab Imran mcm tu jugak.xnak minum, xnak makan..xnak menyusu..
Saya bawak dia ke DeMC lagi..sebab Dr dah advice.. kalau ahad condition dia teruk lagi..(masih demam) bawak jumpa Dr balik..
Imran kena warded..petang tu Dr. Koshi bagi saya tengok kat lelangit dia.. ada beberapa ulser..adeh... maybe sebab tu dia xnak susu, xnak minum, xnak makan..
masa kat emergency DemC tu.. Dr kat ctu try cari line tangan imran xjumpa..tangan imran chubby ...hehe..Masa Dr. Koshi datang.. Dr Koshi yang cari sendiri line tu..baru dapat masuk air..2 botol jugak masuk.. Dr kata ni bukan demam campak, kalau campak.. bintik2 merah tu akan kekal...lama baru ilang..
Hari pertama imran kena bawak cuci mulut dia..
Saya dengar Imran jerit
"Mama..mama..mama..mama!!!!!!!"
Saya cuba kuatkan diri.. ibu mana yang nak mendera anak dia...
Bila orang tengok.."Kesiannyaaa.." kalau orang tengok kesian..
Saya ni mak dia..yang tengok dia ..luluh hati saya ni tengok dia mcm tu..
Balik je cuci mulut petang tu...bibir imran bengkak glerr... 2 kali ganda besar dari asal..
Imran dah mula jadi pendiam..tdurrr je... bangun xsampai sejam..dah tidurr..
Air liur dia meleleh... mungkin sebab dah sakit sangat, sampai nak telan air liur pun xboleh..
Nightmare untuk saya... saya sentiasa terngiang²..dengar imran sebut.."mama..mama..mama!!~" Imran sampai mimpi²..kadang2 dia tdur pastu tangan dia mcm tolak2...kesian imran... Kalaula mama boleh ganti mulut mama ni untuk imran.. T_T
Tengokla imran ..merengek je dia..sian anak mama ni
Nila antibiotik yang kteorang panggil pasir..sebab tekstur dia mcm pasir..Seksa nak bagi imran kalau makan ni..dia tutup mulut.. pastu keraskan badan..susah gler nak makan.. hampir seminggu lebih Dr. suruh habiskan antibiotik ni
Bibir imran yang dah 2x besar dah saiz asal.. mula2 cuci nampak merah.. dah 4-5 jam..dia nampak cam putih2..mcm ada nanah
Tengok keadaan tepi bibir imran yang mula² kena ulser, then kena infection pulak.. melarat² sebab air liur
Imran yang lesu..baring je..
Korang nak tau dia cuci macam mana? dia balutkan spatula dengan gause ni.
Gause
Lepas tu dia sental mana² ulser tu.. sampai bedarah.. Tiga kali sehari.. Korang bayangkanla..pagi2..imran belum bangun..kul8 tu, dia dah ambik imran bawak pergi bilik tu..
ya Allah...menjerit² Imran..kesian anak mama & papa ni T_T Imran mama ni dah makin bijak..kalau budak lain menangis nganga mulut..Imran dia tau orang nak cuci..dia ketip gigi dia.. ada sekali tu, sampai patah spatula tu imran gigit... at the end, xdapat cuci sangat bahagian lelangit dan dalam mulut...Nurse² tu dapat cuci kat luar bibir dia je..
Imran kena warded 8 hari 7 malam..Sepanjang imran sakit ulser ni.. Dr. suruh bagi makan ais krim (saya xberapa berani nak bagi imran aiskrim..sebab imran ada lelah..imran pun xnak aiskrim), air² sejuk... So, kami belikan imran vitagen.. air soya yang sejuk..air yogurt..
Yang lebih teruk, Imran kena infection pulak atas ulser tu..Sebabkan air liur imran meleleh.. ulser tu kena sampai ke tepi bibir.. patutnya hari ke-5 imran dah boleh keluar..tapi sebab infection tu kteorang kena extend lagi.. Infection yang kat tepi bibir tu..jadi mcm kuning2...mcm nanah tu... ya Allah, berat dugaanMu...
Malam tu imran menggigil..sebab panas dalam.. xpernah imran demam sampai mcm tu:(
Alhamdulillah..Imran dibenarkan discharge pada 18 June 2011 (Ahad)..
Sepanjang Imran di hospital..Imran jadi sangatt trauma & takut dengan orang..even dengan papa dia pun dia xnak.. Dengar je bunyi pintu, dia terus peluk saya kuat2..Dia takut nurse tu ambik dia cuci mulut.. Saya sambung cuti lagi seminggu untuk pulihkan imran dari trauma dia.. kesian imran...
Ha, tengok...mama nak sembahyang pun dia nak ikut jugak. Darurat.. terpaksala..suruh duk tepi pun dia xnak.
Saya ada tanya Dr.. apa punca boleh jadi mcm ni.. Dr. kata ulser ni boleh berjangkit melalui air liur..kalau kte ada usler, jangan la kongsi straw ke.. sudu ke..cawan ke dengan anak kte..nanti boleh berjangkit kat dia.. Tapi kteorang xada pulak ulser.. Saya & apis pun siap terjangkit ulser dari imran.. sakit tekak..ngn batuk sampai sekarang belum baik betul.. kuat betul virus kat hospital tu..
2 minggu... Alhamdulillah, segala² telah berakhir..
Macam mimpi ngeri untuk kami lalui..Alhamdulillah..saya bersyukur sangat2..imran dah ok sekarang ni..tinggal luka kat tepi bibir tu lagi sikit belum kering..
Imran dah selera nak makan.. Imran xsuka benda2 lembik..mcm bubur..jelly².. Makanan favourite dia ayam...yang garing2 tu.. Makanan pertama yang dia nak try masuk adalah keropok..Masa mula2 dia nak start makan..saya yg pejam mata..takut pulak karang sakit ke apa ke..adeh, sian anak mama..Ada sekali tu, dia nampak ayam goreng, dia ambik pegang je..kesian imranT_T. Dia dah try makan, pastu sakit agaknya terus dia xjadi makan.
Saya percaya, ada hikmah Allah datangkan ujian ni..
InsyaAllah, mama & papa akan sentiasa berada di sisi imran..walau apa jugak yang berlaku..insyaAllah...
yeay!!! yeay!! imran dah sihat. nanti boleh dating-dating dengan nayli kannn... hiks!
ReplyDeletealhamdulillah...imran dah sihat:D jom², nayli nk dating kat mana? huhuhu..;)
ReplyDelete